TANGGUNGJAWAB SUAMI

Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengan sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak....
(baca selanjutnya)

KASIH AGUNG SEORANG LELAKI


Arwah idola saya. Dulu keluarga saya pernah susah. Arwah selalu berpesan, kalau mahu buat sesuatu, buatlah sampai sukses, sampai berjaya dan jangan sesekali bersikap tamak. Dia selalu menyokong apa sahaja kemahuan dan tak pernah marah saya.

“Dia juga tidak pernah meragui anak-anak, kakak saya pernah tiga kali ambil peperiksaan LCE, tapi ayah tetap sabar. Masa saya nak jadi penyanyi, dia tak pernah mempersoalkan malah sentiasa menyokong.”

Menurut Hattan juga, bapanya pernah bergelar usahawan berjaya namun nasib adakala tidak menyebelahi, pernah arwah bapanya jatuh terduduk dan terpaksa menoreh getah demi sesuap nasi untuk keluarga.

“Arwah pernah jadi tauke balak, tapi kami pernah jatuh miskin dan ayah sanggup jadi penoreh untuk pastikan kami cukup makan. Dia juga jenis yang tak pernah cakap pasal susah atau tiada duit depan anak-anak.

“Masa sekolah, saya pernah tinggal di asrama dan perlukan duit untuk bayar yuran. Bila suarakan pasal duit, ayah ajak saya sama-sama panjat pokok kundang, petik buah dan jual. Ayah berikan duit jualan untuk saya bayar yuran,” cerita Hattan menahan sebak.

Menyambung kisah dalam sendu yang cuba ditahan, katanya: “Pernah ayah berbohong kepada kami, katanya dah makan, sedangkan sebenarnya dia belum makan, dia berlapar demi anak-anak. Dia macam tu, itu yang buat saya sedih bila terkenangkan dia.”

Kepayahan hidup adakala sebuah ujian. Faktor itulah yang mendorong kembara Hattan bergelar anak seni hanya untuk suka-suka. Datang ke Kuala Lumpur, tekadnya bulat mahu mencari rezeki untuk mengubah hidup sekeluarga.

Pengorbanan bapa menjaga, mendidik dan memberikan haluan buatnya memang tidak terbayar dengan wang ringgit. Sedikit-sebanyak, didikan arwah bapa menjadi pegangan Hattan untuk mendidik satu-satu anaknya, Adam Eiman yang sedang membesar.

“Sekurang-kurangnya saya cuba membalas jasa keluarga. Pertama kali dapat duit royalti sebagai penyanyi, saya hantar ibu bapa saya mengerjakan ibadah haji. Niat di hati nak belikan ayah kereta, tapi usianya tidak panjang. Dia meninggal dunia sebulan selepas kembali dari Tanah Suci,” beritahu Hattan dalam sebak yang masih bersisa.

Ketika hayat, arwah bapanya ada keinginan untuk menempatkan keluarga, ibu serta tujuh orang adik-beradik dalam sebuah rumah besar.

“Itu impian dia, impian itu yang cuba saya tunaikan. Saya berikan semua itu kepada emak saya yang masih hidup,” beritahu Hattan di huung perbualan.

Itulah antara lambang kasih seorang anak. Buat anak-anak yang masih punya ayah dan ibu, jangan tunggu sedikit masa atau hari esok untuk menunjukkan kasih kalian.

Beli Kereta Cara Islam

Soalan
Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus?
- soalan melalui sistem sms -

Jawapan
Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan
"membuat pinjaman dari bank Islam".
Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.
Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.

Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.

Insuran
Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.
Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya.
Dengan tegas saya katakan :-
"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu" Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.
Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.
Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

THE REALITIES OF LIFE AND DEATH