Usim hulur tangan bantu Jakim

Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap isu halal haram membabitkan produk makanan dan bidang perkhidmatan.
Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata sebagai universiti berteraskan sains dan Islam, Usim mempunyai kepakaran dan kemampuan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menjelaskan kepada umum mengenai konsep isu berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini terlalu banyak produk makanan dan perkhidmatan hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna mengenai statusnya sedangkan kebanyakan orang Islam amat menitikberatkan soal berkenaan.“Isu halal haram perkara yang sering dibangkitkan bukan saja dalam soal produk makanan kerana tidak semua produk makanan di pasaran dijamin halal disebabkan sukar untuk mengetahui bahan dan sumber yang digunakan.

“Walaupun terdapat label pada produk berkenaan, namun ia masih menjadi misteri kerana dalam zaman teknologi ketika ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna terutama masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Makanan Halal (Hafos) 2009, di Dewan Kuliah Pusat 3 Usim di sini, semalam.Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim.Pada majlis sama, Muhamad Ali turut menyampaikan wang zakat bagi Kumpulan KFC Holdings Berhad berjumlah RM177,409 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

0 comments:

Post a Comment