DUNIA menghadapinya sekali lagi. Saat-saat sukar buat industri automotif hari ini dalam mengekalkan survival ketika bencana keruntuhan eknomi dunia belum menampakkan sebarang tanda pulih dalam masa terdekat.
Trend terhadap industri juga dilihat semakin berubah. Banyak syarikat kini mula melihat semula senario penggabungan industri automotif Korea Selatan ketika musibah melanda ekonomi Asia pada 1997.
Korea secara drastiknya menukar haluan posisi pasaran mereka dengan mengutamakan pasaran kereta penumpang yang ekonomikal. Langkah yang sama bakal menjadi ikutan. Mungkin corak dan caranya sahaja yang sedikit berbeza.
Hampir kesemua pembuat kereta utama kini berhasrat untuk melancarkan produk asas. LCC (Low Cost Car) atau ULCC (Ultra Low Cost Car) merupakan salah satu daripada produk yang bakal mengumpul modal syarikat pada waktu yang sukar ini. Tindakan itu dijangka berkesan dalam menghadapi fenomena semasa dengan menurunnya kuasa membeli di pasaran.
MODEL Dacia Logan sudah lama menguasai pasaran kereta murah di Eropah.
Model itu terbukti berjaya di Thailand dan Indonesia. Jika melihat kepada keadaan hari ini, projek itu akan menjadi tuntutan paling utama dalam memastikan pasaran Toyota kembali agresif.
Oleh kerana itu pesaing Toyota, Volkswagen turut mengumumkan untuk menyertai kelompok LCC dengan nama projek NSF (New Small Family).
Pengeluar kenderaan terbesar Eropah itu menerima respons positif daripada subsidiari mereka, Audi yang berjanji akan turut membangunkan model dengan sasaran pasaran yang sama. Projek itu dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada 2011 di kilang pemasangan VW di Bratislava, Slovakia.
Walaupun baru sahaja diperkenalkan di China beberapa tahun lalu dengan kerjasama Nanjing, Palio mula membanjiri pasaran tempatan.
0 comments:
Post a Comment