Showing posts with label prihatin. Show all posts
Showing posts with label prihatin. Show all posts

((Tmn2Syurga)) do something - Bangunlah...





Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu, "apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu, "Imam masjid sebelah selalu datang" Hati saya menyapa:- Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindungan ini, bukannya tak ada tanah..." "Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah." Hati saya menyapa:- "Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."
Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai? "Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:- "Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:- "Ah.... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..." Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:- "Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini" Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:- "Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:- "Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya. Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Putra Heights

24 Jun 09, jam 2.15 pagi

Bantu adik ini...

Salam,

Melihat kepada anak kecil ini yang comel ini...sudah pastinya anda akan memberi penilaian anak kecil ini sehat seperti kanak-kanak lain.
Untuk pengetahuan semua,anak kecil ini menghadapi masalah jantung berlubang serta memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM30 ribu untuk merawat masalah kesihatan yang di hadapi.
Anak comel ini ialah Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi berumur 1 tahun memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos tersebut.Amatlah berbesar hati jika dapat dihulurkan sumbangan anda sekalian kepada adik Mohd Arif Hadie.
Bapa kepada adik Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi bertugas sebagai operator di sebuah kilang Pulau Pinang,mereka boleh dihubungi di alamat : -
Encik Azril Hilmi Bin Abdul
No 878 Mukim 4,Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,Bkt Mertajam
Pulau Pinang
No I/C : 770202-02-5603
No Tel : +6019-526 5968

Atau Ibunya
Puan Noorhasimah Bt Hashim
No Tel : +6013-464 1192

Usim hulur tangan bantu Jakim

Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap isu halal haram membabitkan produk makanan dan bidang perkhidmatan.
Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata sebagai universiti berteraskan sains dan Islam, Usim mempunyai kepakaran dan kemampuan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menjelaskan kepada umum mengenai konsep isu berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini terlalu banyak produk makanan dan perkhidmatan hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna mengenai statusnya sedangkan kebanyakan orang Islam amat menitikberatkan soal berkenaan.“Isu halal haram perkara yang sering dibangkitkan bukan saja dalam soal produk makanan kerana tidak semua produk makanan di pasaran dijamin halal disebabkan sukar untuk mengetahui bahan dan sumber yang digunakan.

“Walaupun terdapat label pada produk berkenaan, namun ia masih menjadi misteri kerana dalam zaman teknologi ketika ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna terutama masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Makanan Halal (Hafos) 2009, di Dewan Kuliah Pusat 3 Usim di sini, semalam.Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim.Pada majlis sama, Muhamad Ali turut menyampaikan wang zakat bagi Kumpulan KFC Holdings Berhad berjumlah RM177,409 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).