Showing posts with label takaful. Show all posts
Showing posts with label takaful. Show all posts

Lapor pada PIAM jika anda dipaksa

PEMBELI insurans kenderaan yang 'dipaksa' membeli produk perlindungan atau perkhidmatan lain boleh membatalkan polisinya dan mendapat semula premium yang sudah dibayar daripada syarikat insurans.
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), berkata ia menerima beberapa aduan pemilik kenderaan bahawa mereka ‘dipaksa’ membeli produk insurans lain antaranya, perlindungan kemalangan diri sebagai syarat untuk membeli insurans kenderaan.
Katanya, PIAM tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengamalkan ‘paksaan’ pembelian sebarang produk insurans atau perkhidmatan.“Jika berlaku perkara seperti paksaan pembelian dibuat, syarikat insurans dikehendaki membatalkan perlindungan itu dan menyediakan pembayaran balik sepenuhnya premium kepada pengadu,” tegas PIAM dalam satu kenyataan semalam.Persatuan itu menambah, jika terdapat ejen yang berdegil, tindakan boleh diambil termasuk menggantung dan menamatkan tugasnya serta menarik balik semua komisyen yang diterima daripada pelaksanaan urus niaga seumpama itu.
Katanya, ia sudah menetapkan garis panduan jelas bagi membolehkan tindakan diambil ke atas ejen dan syarikat insurans yang terbabit dalam jualan paksa perlindungan insurans.“Walaupun syarikat insurans dan ejen masing-masing boleh merayu atau menggalakkan pembeli polisi perlindungan kenderaan untuk mengambil polisi bukan permotoran, dalam apa juga keadaan mereka tidak boleh memaksa pembeli membeli polisi bukan permotoran,” tambah kenyataan itu.
Sebarang aduan berhubung syarikat dan ejen insurans berkaitan jualan ‘paksa’, boleh diajukan kepada Biro Tindakan Aduan, Persatuan Insurans Am Malaysia, Tingkat 3, Wisma PIAM, 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur atau di 03-22747399.

Tahniah ETIQA Takaful

ETIQA Takaful Bhd memenangi Anugerah Bank Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Ketiga 2009 di London baru-baru ini. Anugerah itu disampaikan kepada Etiqa, satu-satunya syarikat takaful Malaysia yang diberi pengiktirafan dalam acara global 17 kategori itu, oleh ahli House of Lords, Mohd Shiekh, yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim. Tahun lalu, Etiqa Takaful memenangi anugerah Pemasaran Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2008.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin, berkata Etiqa menjadi penyedia takaful pertama di Malaysia dengan memperkenalkan Produk Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah, yang menyaksikan produk Al-Waqi mendapat sambutan menggalakkan dengan caruman lebih RM100 juta. Katanya, pertumbuhan 58.9 peratus dalam tempoh hanya sembilan bulan pertama perniagaan perbankan takaful bagi tahun kewangan 2008/2009, sekali gus membuktikan kepercayaan rakan bank takaful dan juga pelanggan terhadap syarikat. “Ia dengan sendirinya menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan Etiqa yang mencapai pertumbuhan perniagaan 32.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun kewangan tahun ini,” katanya selepas menerima anugerah itu pada di majlis makan malam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Forum Perniagaan Asia Barat, Mohamed Abdullah, berkata Etiqa disanjung tinggi kerana prestasi yang dicatatkan dalam suasana ekonomi semasa dan juga produknya yang ringkas dan inovatif dalam Bank Takaful. “Pertumbuhan Etiqa dalam perniagaan perbankan takaful jelas membuktikan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bersama rakan banknya,” katanya. Anugerah Takaful Antarabangsa diperkenalkan sempena Sidang Takaful Antarabangsa kedua 2008 yang dianjurkan Afkar Consulting manakala Forum Perniagaan Asia Barat, Sidang Takaful Antarabangsa 2009 mendapat sambutan hebat menerusi kehadiran 300 perwakilan dari lebih 30 negara. Kesemua calon berkenaan dinilai oleh profesional pasaran bebas sebelum melayakkan mereka memenangi di antara 17 kategori dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009.

MCIS ZURICH

STATUS MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT PENANGGUNG INSURANS YANG MEMPUNYAI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH


Oleh: Mohamad Saifudin bin Gahnehman

1. Latar belakang kajian
Kajian ini dijalankan ke atas sebuah syarikat penanggung insurans yang dinamakan MCIS Zurich Insurance. Kekeliruan timbul di kalangan masyarakat awam tentang status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini apabila syarikat ini mewujudkan Majlis Penasihat Syariahnya sendiri sejak tahun 2002. Sebagai makluman hanya syarikat pengendali takaful sahaja yang disyaratkan untuk mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan syarat ini tidak tertakluk kepada syarikat insurans konvensional.

1. Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini dan akan cuba mengetahui peranan Majlis Penasihat Syariah Syarikat ini.

2. Method Kajian
Kajian ini menggunakan metod pembacaan sepenuhnya ke atas artikel dan laporan yang dikeluarkan oleh MCIS Zurich Insurance Berhad dan pihak-pihak lain.
baca seterusnya : MCIS ZURICH

Anda sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga anda.

Izinkan saya membantu anda menerusi sistem perlindungan takaful.

SEMASA BEKERJA : Anda berusaha menyediakan keperluan yang secukupnya, malah mula menabung dikit demi dikit untuk memastikan keperluan keluarga tidak putus jika ada kecemasan di luar dugaan. Yang paling mengkagumkan ada di kalangan anda yang sanggup melakukan 2-3 kerja demi kelangsungan kebahagiaan keluarga. Tahniah saya ucapkan.

PERANCANGAN SELEPAS BERSARA : Saya berharap anda sudah mula merancang dari sekarang. Masa semakin pantas berlalu,anda tidak sedar bahawa umur anda semakin meningkat dan anak-anak semakin dewasa. Jika anda bekerja lagi selepas bersara, saya berharap anda bekerja semata-mata untuk menghilangkan kebosanan dan bukannya kerana terpaksa. Anda sudah terlalu banyak berkorban untuk keluarga.

Berapa Amaun Tabung Persaraan anda pada hari pertama persaraan Anda nanti? Jangan lupa Inflasi adalah musuh utama tabung persaraan anda, sila pastikan pulangan pelaburan sekarang melebihi kadar inflasi.

PENGURUSAN RISIKO (PERLINDUNGAN KEWANGAN) UNTUK KELUARGA DAN MEREKA YANG YERSAYANG : Saya juga berharap anda telah menyiapkan pelan kecemasan jika sesuatu musibah menimpa anda seperti kematian dan hilang keupayaan menyeluruh semasa anda masih bekerja.

Mereka bukan sahaja kehilangan anda yang bergelar ayah,ibu,suami,iseri atau anak. Mereka juga kehilangan tonggak ekonomi keluarga yang menyara mereka setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun.
___________
Sila pastikan pengurusan hutang anda pada landasan yang betul, pastikan juga selepas kematian anda,hutang anda berjaya diselesaikan (debt cancellation) tanpa menyusahkan ahli keluarga.
_____________

Pelan kecemasan hendaklah dibuat mengikut perkiraan dan kemampuan dan cara hidup keluarga anda.
_____________

Sebaik-baiknya sila pastikan khairat kematian anda dapat memenuhi keperluan keluarga dalam tempoh 5 tahun
_____________
Jika anda mampu, sila pastikan juga perlindungan pendidikan anak-anak juga dibuat. Mungkin ini hadiah terakhir yang paling bermakna buat mereka dari anda.
____________

Jika anda seorang muslim, sila pastikan semua perancangan anda berlandaskan syariah.

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL

Objektif Insurans dapatlah diungkapkan sebagai "Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik".Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakkan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud: "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan Takaful dan Insurans Konvensional?


Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak Insurans Konvensional. Pada tarikh tersebut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

ELEMEN GHARAR, MAISIR DAN RIBA KONTRAK INSURANS .

GHARAR.
Maksud al-Gharar ialah "Ketidakpastian".Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rush maksud al-Gharar ialah: "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui". Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah: "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan: "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderaan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan

"Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana: "Apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan" Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan: "Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya"

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, "Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Maksud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-

i. Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
ii. Tidak diketahui kadar bayarannya.
iii. Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah :-

i. Penjual dan Pembeli
ii. (Ijab dan Qabul) Aqad

(Ma'kud Alaih/Subject Matter) Barang Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d]Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

MAISIR (JUDI)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

[a] Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
[b] Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
[c] Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

RIBA
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

PENYELESAIAN KEPADA INSURAN KONVESIONAL

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama. Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarr'uat adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata.

Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar. Kesimpulan Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak.

Beli Kereta Cara Islam

Soalan
Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus?
- soalan melalui sistem sms -

Jawapan
Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan
"membuat pinjaman dari bank Islam".
Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.
Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.

Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.

Insuran
Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.
Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya.
Dengan tegas saya katakan :-
"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu" Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.
Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.
Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

THE REALITIES OF LIFE AND DEATH







LAKUKAN PERANCANGAN SEKARANG

Oleh : Mokhtar Bin Omar (Perunding Pusaka & Takaful)
Pengenalan

Secara amnya, Perancangan Kewangan Islam membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan anda yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses serta langkah – langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan. Berikut ialah sebahagian perkara yang mesti ada dalam perancangan kewangan.

Pengurusan Aliran Tunai
Merancang aliran tunai keluar masuk dan menilai, nilai bersih kewangan anda sekarang iaitu jumlah harta yang dimiliki ditolak hutang yang ada. Ia akan menunjukan samada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan. Kemudian baru anda merancang belanjawan, menghapuskan hutang dan membuat tabungan dan pelaburan

Perancangan Perlindungan
Pelan perlindungan adalah suatu kemestian, ianya bukan lagi suatu pilihan.Jangan menggadai masa depan pasangan dan anak-anak anda.Pastikan semua harta dan keluarga anda dilindungi oleh Takaful secukupnya

Perancangan Pelaburan
Pelaburan strategik untuk pulangan maksimun bagi mencapai matlamat kewangan anda dan impian anda

Perancangan Pendidikan Anak- Anak
Pendidikan adalah satu keperluan asas dalam setiap keluarga. Anak-anak berhak untuk mendapat pendidikan yang terbaik. Anda perlu menyediakan tabungan pendidikan yang cukup untuk memenuhi keperluan tersebut

Perancangan Cukai / Zakat
Merancang strategik untuk menikmati yang terbaik dari pendapatan, saham, hartanah dan harta lain yang anda miliki.

Perancangan Persaraan
Merancang dana persaraan untuk usia bersara, anda tidak akan bekerja sepanjang hayat.Oleh itu amat mustahak mempunyai pelan kewangan untuk hari tua.

Perancangan Harta Pusaka
Perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga terlaksana dan harta terpelihara untuk diwarisi tanpa ada perselisihan,diuruskan dengan cepat dan tiada yang terambil harta pusaka secara batil

PENGURUSAN RISIKO
Pengurusan Risiko adalah satu aspek penting dalam Perancangan Kewangan..Ia memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,paling tidak ianya boleh mengurangkan bebanan akibat berlaku risiko tersebut.. Pengurusan Risiko yang paling praktikal ialah menggunakan Pelan Takaful kerana ia menepati Hukum Syariah.

Beberapa risiko yang mungkin anda hadapi
1. Kematian Awal
2. Hilang Kekal Menyeluruh dan Kekal
3. Menghidap Penyakit Kritikal
4. Keperluan Pendapatan ketika Persaraan
5. Pembiayaan Pendidikan Anak-anak

Siapakah sebenarnya perlukan Takaful?
Golongan Banyak Wang
Sekiranya anda ditimpa Penyakit Kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, mengeluarkan simpanan, semata-mata menampung kos rawatan anda!.Dengan Takaful, anda tidak perlu gunakan wang simpanan,atau jual harta untuk kos perubatan, anda pindahkan sedikit dividen dari wang pelaburan ke dalam Pelan Takaful supaya anda dapat melindungi seluruh harta anda.

Golongan Kurang Wang
Sekiranya sekarang pun anda terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga,bagaimana jika anda sudah tidak berupaya atau anda sudah tiada?Bagaimana keadaan keluarga anda untuk meneruskan kehidupan?. Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, serba kekurangan dan disisih akibat kemiskinan?.Takaful boleh mengurangkan bebanan mereka yang ditinggalkan.

Risiko Perlindungan Keberhutangan
Dalam sesetengah risiko, Islam secara langsung atau tidak, mewajibkan umatnya mengelak risiko seperti risiko berhutang selepas kematian dan seumpamanya (hadith, [kewajipan membayar hutang], tuntutan al-Quran menyelesaikan hutang sebelum pembahagian wasiat dan pusaka)
Roh orang yang berhutang akan tergantung antara langit dan bumi selagi tidak bayar hutang walaupun satu dinar.Oleh itu menyelesaikan hutang adalah satu kewajipan sama ada oleh penghutang atau ahli keluarga, maka Pelan Takaful yang mempunyai peranan yang sama adalah satu kewajipan. Jadi sebarang usaha seperti mengambil perlindungan Ttakaful untuk membebaskaan keluarga daripada kesusahan dan kesulitan adalah satu tanggungjawap yang mesti dilakukan oleh setiap ketua keluarga (suami). Takaful adalah satu keperluan, satu kemestian.

MERANCANG HARTA PUSAKA

Islam Menuntut Kita Merancang Pusaka
Firman Allah swt : “ Dan hendaklah takut kepada Allah wahai orang-orang beriman yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu mereka bertaqwa kepada Allah hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar” (An Nisa’)

Sabda Rasulullah saw : “Adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan waris kamu kaya daripada dalam keadaan meminta-minta” (Al-Hadis)

Akibat Tidak Merancang Pusaka
Waris berebut harta hingga berlaku penindasan dan aniaya
Masalah pengagihan harta pusaka berpanjangan / waris berlapis
Isu penama yang tidak berlaku amanah / penana bolot harta.
lebih 38 billion harta umat islam dibekukan kerana tidak dapat dibahagikan / waris tidak dapat dikesan

Kenapa Mesti Merancang Harta Pusaka
Mempercepatkan proses agihan pusaka
Menyelesaikan hutang yang tidak sempat disempurnakan semasa hidup
Mengelak persengketaan serta penindasan dikalangan waris
Memastikan kebajikan waris terjamin
Mengekalkan potensi harta untuk dimajukan
Peluang untuk beramal jariah
Menyelamatkan waris dari membuat dosa memakan;
· Harta secara batil
· Harta anak yatim
· Harta si mati yang belum di selesaikan

Bagaimana Merancang Pusaka
Kenal pasti status diri kita
Ketahui nisbah faraidh kita dan waris – waris kita
Pilih instrument perancangan pusakan seperti
· Takaful
· Harta sepencarian
· Hibah
· Wasiat
4. Tulis SURAT WASIAT iaitu surat amanah pentadbiran harta pusaka dengan melantik WASI sebagai Pemegang Amanah & Pentadbir Pusaka dalam satu dokumen yang sah.

Kesimpulan
Bermula dengan Pelan Perlindungan Pendapatan, menyediakan Pelan Tabungan Pendidikan, Jaminan Simpanan Haji dan Tabungan Persaraan yang selesa dan seterusnya membebaskan hidup anda dari beban hutang, merancang kewangan boleh membantu anda mencapai impian hidup anda.
Ternyata dengan memiliki Takaful anda mampu menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah. Walaupun sedikit, pampasan Takaful yang diperolehi nanti begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap mereka akan kekal dihati mereka akan kekal buat selama-lamanya. Jadikan ianya sebuah hadiah sebuah kasih sayang untuk keluarga anda tercinta.

Menyediakan Wasiat dalam satu dokumen yang sah adalah bukti anda merancang harta pusaka di mana di dalamnya terkandung maklumat semua pewaris, senarai harta, senarai hutang, surat pengistiharan harta sepencarian, hibah, wasiat amal jariah dan pesanan terakhir pewasiat.Pautan berkaitan kewangan Islam: www.globalpro.com.my

Fatwa Dewan Syari'ah Nasional Majelis Ulama Indonesia no: 53/DSN-MUI/III/2006 tentang Tabarru'

Fatwa Dewan Syari'ah Nasional Majelis Ulama Indonesia no: 53/DSN-MUI/III/2006 tentang Tabarru' pada Asuransi Syari'ah. Menimbang :

a. bahwa fatwa No. 21/DSN-MUI/X/2001 tentang Pedoman Umum Asuransi Syariah dinilai sifatnya masih sangat umum sehingga perlu dilengkapi dengan fatwa yang lebih rinci;

b. bahwa salah satu fatwa yang diperlukan adalah fatwa tentang Akad Tabarru’ untuk asuransi;

c. bahwa oleh karena itu, Dewan Syariah Nasional memandang perlu menetapkan fatwa tentang Akad Tabarru’ untuk dijadikan pedoman.
Mengingat :
1. Firman Allah SWT, antara lain:
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (QS. al-Nisa’ [4]: 2).
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahtera-an) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (QS. al-Nisa’ [4]: 9).

“Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok (masa depan). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. al-Hasyr [59]: 18).

2. Firman Allah SWT tentang prinsip-prinsip bermu’amalah, baik yang harus dilaksanakan maupun dihindarkan, antara lain:

“Hai orang yang beriman! Tunaikanlah akad-akad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan hokum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya. (QS. al-Maidah [5]: 1).

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamiu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. al-Nisa’ [4]: 58).

“Hai orang yang beriman! Janganlah kalian memakan (mengambil)harta orang lain secara batil, kecuali jika berupa perdagangan yang dilandasi atas sukarela di antara kalian. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. al-Nisa’ [4]: 29).

3. Firman Allah SWT tentang perintah untuk saling tolong menolong dalam perbuatan positif, antara lain :
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesung-guhnya Allah amat berat siksa-Nya” (QS. al-Maidah [5]: 2).

4. Hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam tentang beberapa prinsip bermu’amalah, antara lain:

“Barang siapa melepaskan dari seorang muslim suatu kesulitan di dunia, Allah akan melepaskan kesulitan darinya pada hari kiamat; dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama ia (suka) menolong saudaranya” (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

“Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang, saling mengasihi dan mencintai bagaikan tubuh (yang satu); jikalau satu bagian menderita sakit maka bagian lain akan turut menderita” (HR. Muslim dari Nu’man bin Basyir).

“Seorang mu’min dengan mu’min yang lain ibarat sebuah bangunan, satu bagian menguatkan bagian yang lain” (HR Muslim dari Abu Musa al-Asy’ari).

“Barang siapa mengurus anak yatim yang memiliki harta, hendaklah ia perniagakan, dan janganlah membiarkannya (tanpa diperniagakan) hingga habis oleh sederkah (zakat dan nafakah)” (HR. Tirmizi, Daraquthni, dan Baihaqi dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya Abdullah bin ‘Amr bin Ash).

“Kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat yang mereka buat kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (HR. Tirmidzi dari ‘Amr bin ‘Auf).

“Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (Hadis Nabi riwayat Ibnu Majah dari ‘Ubadah bin Shamit, riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Abbas, dan Malik dari Yahya).

5. Kaidah fiqh:
“Pada dasarnya, semua bentuk mu’amalah boleh dilakukan kecuali ada dalil yang mengharamkannya.”
“Segala mudharat harus dihindarkan sedapat mungkin.”
“Segala mudharat (bahaya) harus dihilangkan.”

Memperhatikan:
1. Pendapat para ulama, antara lain:
Sejumlah dana (premi) yang diberikan oleh peserta asuransi adalah tabarru’ (amal kebajikan) dari peserta kepada (melalui) perusahaan yang digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan berdasarkan ketentuan yang telah disepakati; dan perusahaan memberikannya (kepada peserta) sebagai tabarru’ atau hibah murni tanpa imbalan. (Wahbah al-Zuhaili, al-Mu’amalat al-Maliyyah al-Mu’ashirah, [Dimasyq: Dar al-Fikr, 2002], h. 287).

Analisis fiqh terhadap kewajiban (peserta) untuk memberikan tabarru’ secara bergantian dalam akad asuransi ta’awuni adalah “kaidah tentang kewajiban untuk memberikan tabarru’” dalam mazhab Malik. (Mushthafa Zarqa’, Nizham al-Ta’min, h. 58-59; Ahmad Sa’id Syaraf al-Din, ‘Uqud al-Ta’min wa ‘Uqud Dhaman al-Istitsmar, h. 244-147; dan Sa’di Abu Jaib, al-Ta’min bain al-Hazhr wa al-Ibahah, h. 53).

Hubungan hukum yang timbul antara para peserta asuransi sebagai akibat akad ta’min jama’i (asuransi kolektif) adalah akad tabarru’; setiap peserta adalah pemberi dana tabarru’ kepada peserta lain yang terkena musibah berupa ganti rugi (bantuan, klaim) yang menjadi haknya; dan pada saat yang sama ia pun berhak menerima dana tabarru’ ketika terkena musibah (Ahmad Salim Milhim, al-Ta’min al-Islami, h, 83).

2. Hasil Lokakarya Asuransi Syari’ah DSN-MUI dengan AASI (Asosiasi Asuransi Syariah Indonesia) tanggal 7-8 Jumadi al-Ula 1426 H / 14-15 Juni 2005 M.

3. Pendapat dan saran peserta Rapat Pleno Dewan Syari'ah Nasional pada 23 Shafar 1427/23 Maret 2006.

MEMUTUSKAN
Menetapkan : FATWA TENTANG AKAD TABARRU’ PADA ASURANSI SYARI’AH
Pertama : Ketentuan Umum

Dalam Fatwa ini, yang dimaksud dengan:
a. asuransi adalah asuransi jiwa, asuransi kerugian dan reasuransi syariah;
b. peserta adalah peserta asuransi (pemegang polis) atau perusahaan asuransi dalam reasuransi syari’ah.

Kedua : Ketentuan Hukum
1. Akad Tabarru’ merupakan akad yang harus melekat pada semua produk asuransi.
2. Akad Tabarru’ pada asuransi adalah semua bentuk akad yang dilakukan antar peserta pemegang polis.

Ketiga : Ketentuan Akad
1. Akad Tabarru’ pada asuransi adalah akad yang dilakukan dalam bentuk hibah dengan tujuan kebajikan dan tolong¬ menolong antar peserta, bukan untuk tujuan komersial.
2. Dalam akad Tabarru’, harus disebutkan sekurang-kurangnya:
a. hak & kewajiban masing-masing peserta secara individu;
b. hak & kewajiban antara peserta secara individu dalam akun tabarru’ selaku peserta dalam arti badan/kelompok;
c. cara dan waktu pembayaran premi dan klaim;
d. syarat-syarat lain yang disepakati, sesuai dengan jenis asuransi yang diakadkan.

Keempat : Kedudukan Para Pihak dalam Akad Tabarru’
1. Dalam akad Tabarru’, peserta memberikan dana hibah yang akan digunakan untuk menolong peserta atau peserta lain yang tertimpa musibah.
2. Peserta secara individu merupakan pihak yang berhak menerima dana tabarru’ (mu’amman/mutabarra’ lahu, مؤمّÙ†/متبرَّع له) dan secara kolektif selaku penanggung (mu’ammin/mutabarri’- مؤمّÙ†/متبرِّع).
3. Perusahaan asuransi bertindak sebagai pengelola dana hibah, atas dasar akad Wakalah dari para peserta selain pengelolaan investasi.

Kelima : Pengelolaan
1. Pembukuan dana Tabarru’ harus terpisah dari dana lainnya.
2. Hasil investasi dari dana tabarru’ menjadi hak kolektif peserta dan dibukukan dalam akun tabarru’.
3. Dari hasil investasi, perusahaan asuransi dapat memperoleh bagi hasil berdasarkan akad Mudharabah atau akad Mudharabah Musytarakah, atau memperoleh ujrah (fee) berdasarkan akad Wakalah bil Ujrah.

Keenam : Surplus Underwriting
1. Jika terdapat surplus underwriting atas dana tabarru’, maka boleh dilakukan beberapa alternatif sebagai berikut:
a. Diperlakukan seluruhnya sebagai dana cadangan dalam akun tabarru’.
b. Disimpan sebagian sebagai dana cadangan dan dibagikan sebagian lainnya kepada para peserta yang memenuhi syarat aktuaria/manajemen risiko.
c. Disimpan sebagian sebagai dana cadangan dan dapat dibagikan sebagian lainnya kepada perusahaan asuransi dan para peserta sepanjang disepakati oleh para peserta.
2. Pilihan terhadap salah satu alternatif tersebut di atas harus disetujui terlebih dahulu oleh peserta dan dituangkan dalam akad.

Ketujuh : Defisit Underwriting
1. Jika terjadi defisit underwriting atas dana tabarru’ (defisit tabarru’), maka perusahaan asuransi wajib menanggulangi kekurangan tersebut dalam bentuk Qardh (pinjaman).
2. Pengembalian dana qardh kepada perusahaan asuransi disisihkan dari dana tabarru’.

Kedelapan : Ketentuan Penutup
1. Jika salah satu pihak tidak menunaikan kewajibannya atau jika terjadi perselisihan di antara para pihak, maka penyelesaiannya dilakukan melalui Badan Arbitrase Syari’ah setelah tidak tercapai kesepakatan melalui musyawarah.

2. Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan, dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diubah dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

Ditetapkan di : Jakarta
Tanggal : 23 Maret 2006 / 23 Shafar 1427 H