Usim hulur tangan bantu Jakim

Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi meningkatkan kesedaran pengguna terhadap isu halal haram membabitkan produk makanan dan bidang perkhidmatan.
Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata sebagai universiti berteraskan sains dan Islam, Usim mempunyai kepakaran dan kemampuan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menjelaskan kepada umum mengenai konsep isu berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini terlalu banyak produk makanan dan perkhidmatan hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna mengenai statusnya sedangkan kebanyakan orang Islam amat menitikberatkan soal berkenaan.“Isu halal haram perkara yang sering dibangkitkan bukan saja dalam soal produk makanan kerana tidak semua produk makanan di pasaran dijamin halal disebabkan sukar untuk mengetahui bahan dan sumber yang digunakan.

“Walaupun terdapat label pada produk berkenaan, namun ia masih menjadi misteri kerana dalam zaman teknologi ketika ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna terutama masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Makanan Halal (Hafos) 2009, di Dewan Kuliah Pusat 3 Usim di sini, semalam.Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim.Pada majlis sama, Muhamad Ali turut menyampaikan wang zakat bagi Kumpulan KFC Holdings Berhad berjumlah RM177,409 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Lapor pada PIAM jika anda dipaksa

PEMBELI insurans kenderaan yang 'dipaksa' membeli produk perlindungan atau perkhidmatan lain boleh membatalkan polisinya dan mendapat semula premium yang sudah dibayar daripada syarikat insurans.
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), berkata ia menerima beberapa aduan pemilik kenderaan bahawa mereka ‘dipaksa’ membeli produk insurans lain antaranya, perlindungan kemalangan diri sebagai syarat untuk membeli insurans kenderaan.
Katanya, PIAM tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengamalkan ‘paksaan’ pembelian sebarang produk insurans atau perkhidmatan.“Jika berlaku perkara seperti paksaan pembelian dibuat, syarikat insurans dikehendaki membatalkan perlindungan itu dan menyediakan pembayaran balik sepenuhnya premium kepada pengadu,” tegas PIAM dalam satu kenyataan semalam.Persatuan itu menambah, jika terdapat ejen yang berdegil, tindakan boleh diambil termasuk menggantung dan menamatkan tugasnya serta menarik balik semua komisyen yang diterima daripada pelaksanaan urus niaga seumpama itu.
Katanya, ia sudah menetapkan garis panduan jelas bagi membolehkan tindakan diambil ke atas ejen dan syarikat insurans yang terbabit dalam jualan paksa perlindungan insurans.“Walaupun syarikat insurans dan ejen masing-masing boleh merayu atau menggalakkan pembeli polisi perlindungan kenderaan untuk mengambil polisi bukan permotoran, dalam apa juga keadaan mereka tidak boleh memaksa pembeli membeli polisi bukan permotoran,” tambah kenyataan itu.
Sebarang aduan berhubung syarikat dan ejen insurans berkaitan jualan ‘paksa’, boleh diajukan kepada Biro Tindakan Aduan, Persatuan Insurans Am Malaysia, Tingkat 3, Wisma PIAM, 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur atau di 03-22747399.

Kenderaan NGV ibarat Bom Bergerak

PETALING JAYA: Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’ kerana tangki gas yang dipasang tidak menepati piawaian.Setiausaha Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam), S Piarapakaran mendakwa kebanyakan tong gas dipasang di bengkel haram dan mekanik yang tidak berkelayakan.
Katanya, penyelidikan Wecam menunjukkan pemilik kenderaan mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja tidak bermutu untuk jimatkan beberapa ringgit.“Malah, tidak ada badan yang cekap di negara ini untuk mengawal dan memantau kenderaan NGV,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata, oleh kerana gas adalah bahan mudah terbakar, pemasangan tangki gas tidak bermutu dan hos getah mudah bocor menyebabkan letupan ketika pelanggaran.“Bayangkan kemusnahan alam sekitar dan kehilangan nyawa jika kenderaan itu melalui lebuh raya sibuk,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengambil langkah segera mengurangkan bahaya akibat pemasangan tangki gas yang tidak mengikut peraturan.Beliau mencadangkan polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan khidmat bantuan Sirim dan badan berkelayakan untuk memantau kenderaan NGV.Persatuan itu juga mencadangkan pemeriksaan dan penguatkuasaan berkala terhadap keselamatan NGV, menggunakan alat gantian tulen, mengurangkan kos pemasangan tangki gas oleh penjual dibenarkan dan mengadakan sistem pendaftaran bagi menentukan bilangan NGV.
Sementara itu, Persatuan NGV Malaysia (Mangva) memberi jaminan penggunaan tangki gas selamat dan tidak membahayakan.Pengerusinya, M Suaparmanyam, berkata sejak berita mengenai kemalangan membabitkan kenderaan NGV itu dilaporkan, ramai pemandu kenderaan terbabit bimbang mengenai tahap keselamatan mereka.“Sebenarnya, pengguna atau orang ramai tidak faham atau tidak memperoleh maklumat yang relevan mengenai sifat NGV. Gas ini tidak meletup atau menyebabkan kebakaran ke atas sesuatu benda.“Musibah boleh berlaku apabila pengguna mengabai langkah pencegahan,” katanya.

Tahniah ETIQA Takaful

ETIQA Takaful Bhd memenangi Anugerah Bank Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Ketiga 2009 di London baru-baru ini. Anugerah itu disampaikan kepada Etiqa, satu-satunya syarikat takaful Malaysia yang diberi pengiktirafan dalam acara global 17 kategori itu, oleh ahli House of Lords, Mohd Shiekh, yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim. Tahun lalu, Etiqa Takaful memenangi anugerah Pemasaran Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2008.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin, berkata Etiqa menjadi penyedia takaful pertama di Malaysia dengan memperkenalkan Produk Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah, yang menyaksikan produk Al-Waqi mendapat sambutan menggalakkan dengan caruman lebih RM100 juta. Katanya, pertumbuhan 58.9 peratus dalam tempoh hanya sembilan bulan pertama perniagaan perbankan takaful bagi tahun kewangan 2008/2009, sekali gus membuktikan kepercayaan rakan bank takaful dan juga pelanggan terhadap syarikat. “Ia dengan sendirinya menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan Etiqa yang mencapai pertumbuhan perniagaan 32.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun kewangan tahun ini,” katanya selepas menerima anugerah itu pada di majlis makan malam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Forum Perniagaan Asia Barat, Mohamed Abdullah, berkata Etiqa disanjung tinggi kerana prestasi yang dicatatkan dalam suasana ekonomi semasa dan juga produknya yang ringkas dan inovatif dalam Bank Takaful. “Pertumbuhan Etiqa dalam perniagaan perbankan takaful jelas membuktikan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bersama rakan banknya,” katanya. Anugerah Takaful Antarabangsa diperkenalkan sempena Sidang Takaful Antarabangsa kedua 2008 yang dianjurkan Afkar Consulting manakala Forum Perniagaan Asia Barat, Sidang Takaful Antarabangsa 2009 mendapat sambutan hebat menerusi kehadiran 300 perwakilan dari lebih 30 negara. Kesemua calon berkenaan dinilai oleh profesional pasaran bebas sebelum melayakkan mereka memenangi di antara 17 kategori dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009.

MCIS ZURICH

STATUS MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT PENANGGUNG INSURANS YANG MEMPUNYAI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH


Oleh: Mohamad Saifudin bin Gahnehman

1. Latar belakang kajian
Kajian ini dijalankan ke atas sebuah syarikat penanggung insurans yang dinamakan MCIS Zurich Insurance. Kekeliruan timbul di kalangan masyarakat awam tentang status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini apabila syarikat ini mewujudkan Majlis Penasihat Syariahnya sendiri sejak tahun 2002. Sebagai makluman hanya syarikat pengendali takaful sahaja yang disyaratkan untuk mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan syarat ini tidak tertakluk kepada syarikat insurans konvensional.

1. Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini dan akan cuba mengetahui peranan Majlis Penasihat Syariah Syarikat ini.

2. Method Kajian
Kajian ini menggunakan metod pembacaan sepenuhnya ke atas artikel dan laporan yang dikeluarkan oleh MCIS Zurich Insurance Berhad dan pihak-pihak lain.
baca seterusnya : MCIS ZURICH

Anda sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga anda.

Izinkan saya membantu anda menerusi sistem perlindungan takaful.

SEMASA BEKERJA : Anda berusaha menyediakan keperluan yang secukupnya, malah mula menabung dikit demi dikit untuk memastikan keperluan keluarga tidak putus jika ada kecemasan di luar dugaan. Yang paling mengkagumkan ada di kalangan anda yang sanggup melakukan 2-3 kerja demi kelangsungan kebahagiaan keluarga. Tahniah saya ucapkan.

PERANCANGAN SELEPAS BERSARA : Saya berharap anda sudah mula merancang dari sekarang. Masa semakin pantas berlalu,anda tidak sedar bahawa umur anda semakin meningkat dan anak-anak semakin dewasa. Jika anda bekerja lagi selepas bersara, saya berharap anda bekerja semata-mata untuk menghilangkan kebosanan dan bukannya kerana terpaksa. Anda sudah terlalu banyak berkorban untuk keluarga.

Berapa Amaun Tabung Persaraan anda pada hari pertama persaraan Anda nanti? Jangan lupa Inflasi adalah musuh utama tabung persaraan anda, sila pastikan pulangan pelaburan sekarang melebihi kadar inflasi.

PENGURUSAN RISIKO (PERLINDUNGAN KEWANGAN) UNTUK KELUARGA DAN MEREKA YANG YERSAYANG : Saya juga berharap anda telah menyiapkan pelan kecemasan jika sesuatu musibah menimpa anda seperti kematian dan hilang keupayaan menyeluruh semasa anda masih bekerja.

Mereka bukan sahaja kehilangan anda yang bergelar ayah,ibu,suami,iseri atau anak. Mereka juga kehilangan tonggak ekonomi keluarga yang menyara mereka setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun.
___________
Sila pastikan pengurusan hutang anda pada landasan yang betul, pastikan juga selepas kematian anda,hutang anda berjaya diselesaikan (debt cancellation) tanpa menyusahkan ahli keluarga.
_____________

Pelan kecemasan hendaklah dibuat mengikut perkiraan dan kemampuan dan cara hidup keluarga anda.
_____________

Sebaik-baiknya sila pastikan khairat kematian anda dapat memenuhi keperluan keluarga dalam tempoh 5 tahun
_____________
Jika anda mampu, sila pastikan juga perlindungan pendidikan anak-anak juga dibuat. Mungkin ini hadiah terakhir yang paling bermakna buat mereka dari anda.
____________

Jika anda seorang muslim, sila pastikan semua perancangan anda berlandaskan syariah.

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL

Objektif Insurans dapatlah diungkapkan sebagai "Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik".Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakkan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud: "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan Takaful dan Insurans Konvensional?


Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak Insurans Konvensional. Pada tarikh tersebut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

ELEMEN GHARAR, MAISIR DAN RIBA KONTRAK INSURANS .

GHARAR.
Maksud al-Gharar ialah "Ketidakpastian".Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rush maksud al-Gharar ialah: "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui". Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah: "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan: "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderaan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan

"Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana: "Apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan" Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan: "Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya"

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, "Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Maksud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-

i. Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
ii. Tidak diketahui kadar bayarannya.
iii. Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah :-

i. Penjual dan Pembeli
ii. (Ijab dan Qabul) Aqad

(Ma'kud Alaih/Subject Matter) Barang Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d]Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

MAISIR (JUDI)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

[a] Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
[b] Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
[c] Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

RIBA
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

PENYELESAIAN KEPADA INSURAN KONVESIONAL

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama. Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarr'uat adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata.

Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar. Kesimpulan Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak.